Muhamad Zamuren Musa


Mesti ramai yang tak kenal dia ni, siapa jejaka kacak ini? Kenapa nama dia tersenarai dalam industri Perodua? Apa sumbangan dia dalam bidang automotif sehingga nama dia diangkat oleh rakyat Malaysia?...


Kepada mereka yang tidak kenal lagi, inilah Muhamad Zamuren Musa selaku Timbalan Pengurus Besar Reka Bentuk dan R&D PERODUA. Untuk pengetahuan semua, Perodua Bezza dan Perodua Myvi Gen 3 direka sepenuhnya oleh anak Malaysia, Build-in House dan diketuai oleh Muhamad Zamuren Musa.
Sebelum wujudnya Myvi generasi ketiga ini, design pertama yang dibentuk oleh Zamuren adalah Perodua Bezza iaitu kereta sedan pertama yang dihasilkan oleh PERODUA.

Kebanyakkan model Perodua Myvi 2005 hingga Perodua Myvi 2011 direka oleh Daihatsu dan Toyota akan tetapi Daihatsu memberi peluang kepada anak Malaysia untuk mencuba mereka bentuk satu kereta Perodua Myvi generasi ketiga yang baharu.


Nama : Muhamad Zamuren Musa
Jawatan : Timbalan Pengurus Besar Reka Bentuk dan R&D PERODUA
Pendidikan : Fakulti Art & Design dalam jurusan Industrial Design, UiTM Shah Alam
Kampung Halaman : Sungai Petani, Kedah

Bukan itu sahaja, Perodua Myvi Gen 3 adalah satu-satunya rekaan yang unik tanpa menciplak mana-mana design kereta lain dari DNA rekaan Perodua Myvi sebelumnya. Oleh itu, istilah ciplak atau tukar lambang tidak lagi wujud untuk Myvi ini kerana setiap perincian direka dengan teliti dalam memastikan ia adalah idea terbaik untuk kereta terbaik.

Penerangan Zamuren apabila ditanya akan rekaan Myvi menurut artikal Careta "Perodua ialah sebuah syarikat pengeluar kereta kompak. Kerana itu, kami tidak boleh menghasilkan rekabentuk yang sama untuk semua model kami"

"Mereka bentuk Myvi serba baharu bukannya satu tugas mudah kerana ia perlu menepati kehendak serta keperluan pelanggan sasar, kos yang ditetapkan dan elemen dinamik serta praktikal yang dimahukan PERODUA. Komitmen kami untuk Myvi serba baharu ini sangat tinggi kerapa apapun direncana ia seharusnya memenuhi kos yang ditetapkan kerana ia adalah kereta rakyat yang ditawarkan pada harga mampu milik" katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PERODUA pada artikal Berita Harian
Pada asalnya rekaan ini hanya untuk pasaran Malaysia sahaja tetapi mendapat pujian banyak dari negara lain termasuk Thailand dan Indonesia yang juga mahukan rekaan seperti ini. Ada juga segelintir menyifatkan  reka bentuk Myvi generasi ketiga ini seiras dengan beberapa model dari Eropah dan Amarika Syarikat

Pujian ini perlu dibanggakan kerana rakyat membuat penyamaan dengan model antarabangsa dan terkemuka. Ini jelas bahawa produk PERODUA kini setaraf dengan produk keluaran syarikat gergasi automotif antarabangsa. Tahniah Muhamad Zamuren Musa kerana telah mengharumkan nama negara.

 

Rujukan
https://www.bharian.com.my/node/390452/amp?fbclid=IwAR0Ia7sOtZpes37_nJHK_3og2g73GBQsDPYns1QjSqwoet7UnePVhwAA7aQ
https://www.hmetro.com.my/node/284419/amp?fbclid=IwAR1jfLHcJJvtd2UkPanqUgNexxbjrIAestq6Qipmeb1bN_L8wKEVqTIqtQo
https://careta.my/article/anak-kedah-ketuai-pasukan-rekabentuk-myvi-2017?fbclid=IwAR2k-gp0eK1Y-rfOVxnTDbtA_QhhJ0mLkitKpFRMPbpZHsmox0RNg_ZLc7c
https://drawingdatabase.com/tag/muhamad-zamuren-musa/
https://en.wikipedia.org/wiki/Perodua_Bezza
https://en.wikipedia.org/wiki/Perodua_Myvi

No comments: